Thursday, August 26, 2010

FAKTOR KERANCUAN BAHASA


SITI HAJAR NORLAILEE BT MOHAMAD NOR
204491

APAKAH PUNCA BERLAKUNYA KERANCUAAN BAHASA?


1. Pengaruh bahasa asing

Pengaruh ini amat sinonim dengan penggunaan bahasa rojak pada zaman sekarang. Pengguna sekarang mudah terpengaruh kerana begitu ghairah untuk mengunakan bahasa asing sehingga mencampurkan bahasa Inggeris
dengan bahasa Melayu. Tatkala, terdapat juga perkataan Inggeris telah cuba dimelayukan. Contonya teknologi (technology) , university ( university) dan sebagainya.


2. Gangguan bahasa dialek / bahasa daerah

• Negara Malaysia yang mempunyai banyak negeri dan daerah telah menyumbangkan pelbagai bahasa dialek yang berbeza-beza dan unik. Dengan ini, pengguna yang terbiasa menggunakan bahasa dialek dalam kehidupan harian telah menggangu usaha pembakuan bahasa Melayu. Yakni, timbullah kekelirua
n pengguna dengan bahasa dialek kerana kebanyakkannya tidak wujud dalam kamus dewan.3. Pengaruh media massa

• Bahasa yang digunakan oleh radio, televisyen, majalah, akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa. Pengguanaan bahasa yang salah dalam filem-filem tetap dijadikan tontonan umum dan ini sedikit sebanyak mempengaruhi pengguna bahasa untuk mengikutnya.

4. Pengaruh bahasa singkat


• Pada masa kini, bahasa singkat adalah sinonim dengan pengguanan bahasa yang digunakan dalam khidmat pesanan ringkas (SMS). Sekiranya ia digunakan secara berleluasa atau berterusan, ini pasti akan menyebabkan kerancuan bahasa menjadi semakin teruk. Contohnya, cerita (cer), berani (bran) dan sebagainya.

Monday, August 23, 2010

BAHASA ROJAK


MOHD AAZEM BIN MAZLAM
207206

~You understand apa yang I cakap ni?~

Bahasa rojak ialah Bahasa Melayu yang bercampuraduk antara bahasa asing samaada becampur dengan Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, dan sebagainya. Bahasa rojak digunakan oleh segelintir golongan penutur yang tidak mementingkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul. Bahasa ini juga dipertuturkan mengikut trend dan ia tidak menggunakan tatabahasa yang betul.


FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA BAHASA ROJAK
Kedatangan penjajah:

Pihak penjajah British telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu. Kewujudan pelbagai kaum ini secara tidak langsung telah mewujudkan penggunaan bahasa rojak melalui komunikasi antara kaum-kaum tersebut seperti campuran antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Cina. Contohnya,"nak makan ke nak tapau?”.Maksud perkataan “tapau” ialah bungkus”.





Media massa:

Bahasa rojak begitu meluas digunakan dalam media samaada media eletronik ataupun media cetak pada hari ini. Penggunaan bahasa rojak ini akhirnya telah menjejaskan bahasa kebangsaan kita. Hal ini berikutan kerana pengguna perkhidmatan media di negara kita terlalu ramai dan member impak yang besar kepada Bahasa Melayu. Contohnya, terdapat rancangan yang dipaparkan dalam televisyen pada hari ini menggunakan bahasa rojak sebagai judul atau tajuk rancangan yang disiarkan seperti “Konsert Sure Heboh”.



LANGKAH-LANGKAH BAGI MEMBENDUNG PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

Pemantauan oleh pihak berwajib:

Badan pemantau bahasa haruslah ditubuhkan atau diberi kuasa kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka(DPP) agar bertindak mengikut undang-undang jika terdapat mana-mana pihak yang menggunakan bahasa rojak secara formal.


Meminda akta yang sedia ada:

Kerajaan perlu memainkan peranan dalam menyelesaikan kemelut ini. Akta yang sedia ada iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dilihat tidak lagi reliven untuk digunapakai kerana tidak mempunyai peruntukan penguatkuasaan untuk mendakwa pihak atau individu yang menggunakan bahasa rojak. Oleh hal yang demikian, akta tersebut haruslah dipinda.Rujukan untuk pindaan boleh dibuat kepada badan khas bahasa atau Dewan Bahasa Dan Pustaka sebagai kosultan supaya akta ini mempunyai bidang kuasa yang lebih luas.

Sunday, August 22, 2010

KATA PEMERI


JULIANA BT TAKYYUDDIN

207163

~Kata Pemeri~

  • Kata pemeri ialah kata yang bertugas memberi hal atau merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek.
  • Kata pemeri juga tergolong dalam kata tugas dan ia juga bersifat “opsyenal”.
  • Kata pemeri terbahagi kepada dua iaitu “ialah” dan “adalah”.
  • Kata pemeri tidak boleh hadir bersama kata nafi kecuali dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif serta di hadapan frasa atau kata kerja.
  • Kata pemeri amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat-ayat bahasa Melayu.
  • Ayat yang ditulis menggunakan kata pemeri , masih dianggap betul walaupun kata pemeri digugurkan.


Kata Pemeri “ialah”

  • Kata pemeri “ialah” berfungsi membuat takrifan.
  • Boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan.
  • Digunakan untuk menghubungkan subjek dan predikat yang seimbang.
  • Ini bertujuan untuk menyatakan nama sesuatu benda, keadaan, konsep dan sebagainya.


Kata Pemeri “adalah”

ü Kata pemeri “adalah” digunakan huraian atau penjelasan mengenai subjek.

ü Boleh diikuti oleh kata sendi nama (seperti, untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya) dan kata adjektif.

ü Menghubungkan subjek dengan predikat yang menjadi huraianya.


~Kesilapan penggunaan kata pemeri~


“Adalah” di tempat “ialah”

SALAH

BETUL

Matalamat Hafiz adalah membangunkan masyarakat luar bandar.


Pak Mail adalah orang yang kedua meneroka kawasan itu.

Matlamat Hafiz ialah membangunkan masyarakat luar bandar.


Pak Mail ialah orang yang kedua meneroka kawasan itu.

“Ialah” di tempat “adalah”

SALAH

BETUL

Krusus ini ialah khas untuk kaum belia.


Persembahan itu ialah yang paling sensasi.

Krusus ini adalah khas untuk kaum belia.


Persembahan itu adalah yang paling sensasi.

“Adalah” di hadapan kata kerja

SALAH

BETUL

Usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah berbentuk ilmiah.

Usaha yang dijalankan ialah menerbitkan risalah berbentuk ilmiah.

“Adalah” pada awal ayat

SALAH

BETUL

Adalah dimaklumkan bahawa perjumpaan Persatuan pengguna dibatalkan.


Adalah dengan ini disytiharkan bahawa esok raya.

Dengan ini dimaklumkan bahawa perjumpaan Persatuan pengguna dibatalkan.


Dengan ini disytiharkan bahawa esok raya.

“Adalah” dan kata kerja

SALAH

BETUL

Para pelajar adalah dipelawa memohon biasiswa negeri.


Keputusan ini diambil adalah berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Para pelajar dipelawa memohon biasiswa negeri.


Keputusan ini diambil berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Friday, August 20, 2010

KATA SENDI NAMA


SITI NUR ASMA' BT MUHAMMAD
207241

Betulkah penggunaan kata sendi nama anda?


Kata sendi nama merupakan kata depan kata nama. Ia mempuyai pelbagai tugas. Ia juga bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain. Kata sendi nama memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi nama supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat. Kata sendi nama ini merangkumi ‘ ke’ , ‘sebagai’ , ‘ dalam’ , ‘ di dalam’ , ‘ untuk’ , ‘ antara’ , ‘ bagi’ , ‘hingga’ , ‘ demi’ , ‘ tentang’ dan lain-lain. Walau bagaimanapun , pengguna sering terkeliru semasa menggunakan beberapa kata sendi nama dalam ayat antaranya ‘dari’ , ‘daripada’ , ‘ akan’ , ‘ di ’ dan lain-lain.


Dari: kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama yang digunakan untuk menunjukkan tempat dan masa.

SALAH

BETUL

Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.

Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.

Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.

Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.

Daripada : kata sendi nama ‘daripada’ digunakan di hadapan kata nama yang menyebut asal sesuatu sama ada manusia ,benda , perkara-perkara yang abstrak dan mempunyai unsure perbandingan atau perbezaan.

SALAH

BETUL

Tilam itu dibuat dari getah asli.

Juliana lebih tinggi dari Nur Asma.

Tilam itu dibuat daripada getah asli.

Juliana lebih tinggi daripada Nur Asma.

Akan: kata sendi nama ‘akan’ digunakan sebagai pelengkap kata adjektif yang mengatakan perasaan seperti sedih , kasih, benci, sayang, takut, dan sebagainya. Kata sendi ‘akan’ tidak boleh disingkatkan menjadi ‘-kan’ dan digabungkan dengan kata adjektif.

SALAH

BETUL

Saya sayangkan keluarga saya.

Saya takutkan hantu.

Saya sayang akan keluarga saya.

Saya takut akan hantu.

Di: kata sendi nama ‘di’ digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukan tempat atau arah dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

SALAH

BETUL

Diangkasa

Disana

dilaut

Di angkasa

Di sana

Di laut

Kata sendi nama ‘di’ tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman.

SALAH

BETUL

Di abad ke-20

Di zaman ini

Pada abad ke-20

Pada zaman ini

BAHASA DIALEK

MOHD ADHA BIN HASAN

206821

mu oyak gapo gak?



Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Dialek selalunya digunakan dalam situasi formal atau rasmi, namun terdapat kecenderungan pengguna bahasa yang mencampurkan unsur dialek dalam penggunaan pada situasi formal.




FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BAHASA DIALEK:

Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor-faktor geografis, politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan seumpamanya. Faktor politik contohnya telah membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil yang mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang akhirnya menimbulkan pelbagai dialek.

Terdapat beberapa unsur yang membezakan sesuatu dialek dengan dialek yang lain,antaranya ialah;

1. Sebutan;

contohnya, perkataan `air' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.

2. Tatabahasa;

struktur ayat pasif dalam dialek Kelantan misalnya boleh menyebabkan berlaku silap faham, contohnya ayat 'Saya ke hospital untuk disuntik oleh doktor' akan menjadi "Saya gi spital cocok doktor" (Kasihan doktor di hospital yang disuntik oleh pesakitnya, bukannya dia yang menyuntik pesakit!)

3. Kosa kata ;

contohnya, berlari dalam dialek Kelantan disebut hungga, manakala mendung disebut sebagai jo'ong. Bekwoh(dialek Kelantan) sama maksudnya dengan makan gulai di Terengganu yang membawa maksudkenduri. Rakan saya dari Melaka tertanya-tanya apabila saya memujinya dengan perkataan 'jangok' (cantik/ suka berhias)

4. Kata ganti nama diri;

contoh ambo dan kawe (dialek Kelantan bermaksudsaya), hang (dialek utara bermaksud kamu)

BAHASA PASAR

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
207256

Tauke,itu ikan parang,belapa halga sekilo?


Bahasa pasar dikenali sebagai bahasa kacukan kerana salah satu sifat ragam bahasa ini ialah sifat kacukannya. Dalam bahasa ini banyak terdapat unsur-unsur bahasa asing digunakan. Bahasa pasar ialah bahasa yang terdiri perkataan-perkataan Melayu tetapi menggunakan ragam bahasa dan bentuk ayat-ayat bahasa lain seperti bahasa Cina,bahasa Tamil dan sebagainya. Bahasa pasar juga bermaksud bahasa yang digunakan oleh penutur yang dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Penggunaan bahasa ini tidak begitu gramatis kerana bahasa ini mengabaikan nahu bahasa ibunda dan mengikut telor bahasa tersebut.

Sebagai contoh, ketika berkomunikasi di pasar, orang Melayu lebih suka menggunakan bahasa pasar atau bahasa kacukan. Penggunaan bahasa ini telah begitu sebati dalam kalangan orang Melayu sehinggakan orang Melayu tidak sedar kesalahan penggunaan bahasa tersebut. Orang Melayu menyangka bahawa bentuk ayat yang digunakan itu adalah bentuk-bentuk bahasa Melayu tulen.

Antara perkataan-perkataan yang sering digunakan dalam bahasa pasar:
apa mahu,
boleh bikin,
kasi tahu,
banyak mahal,
sedikit masa,
jangan bilang sama dia,
itu macam,
saya punya adik
dan sebagainya.

Lihat contoh perbualan yang sering diperhatikan di pasar, seperti berikut:

melah: amoi, itu kain,belapa halga?
amoi: anam balat semeter.
melah: Kasi kulanglah sikit...manyak mahal oo...
amoi: Mana boleh. ini kain baik punya.
melah: Takpalah, kasi 2 meter la.

Tuesday, August 17, 2010

PENGENALAN ISU BAHASA

MUHAMAD AMIRUL BIN MOHD ZAINUDDIN
207187
Apa itu kerancuan bahasa?

PENGENALAN RINGKAS:

Bahasa merupakan maruah bangsa dan Negara. Bahasa Melayu terus menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden. Selain itu ,bahasa juga merupakan tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa. Isu bahasa melayu baku
bukanlah isu bahasa yang betul atau tidak betul. Pembakuannya merupakan idealisme dan wawasan yang antara lain bertujuan mewujudkan masyarakat yang padu. Tanggapan dan kekeliruan ini memerlukan penjelasan terperinci agar tidak timbul masalah yang serius berkaitan dengan pembakuan bahasa melayu. Sepertimana yang kita tahu, bahasa Melayu sekarang ini diancam dan digugat oleh bahasa Inggeris ekoran daripada era globalisasi dan ekonomi digital.

Skop kajian tugasan kumpulan kami adalah mengenai kerancuan atau kekacauan dari segi sebutan iaitu bahasa pasar, bahasa rojak, dan bahasa dialek seta kerancuan dari segi tatabahasa.


DEFINISI KONSEP:
Kamus Dewan Edisi ketiga mentakrifkan perkataan “kerancuan” sebagai keadaan rancu/tidak teratur. Manakala “pembakuan” sebagai usaha (tindakan proses) membakukan atau menstandardkan. Takrifan perkataan “kesan” pula ialah sesuatu keadaan sama ada kebaikan atau keburukan yang timbul daripada sesuatu kejadian.

“Pembakuan bahasa” dapat didefinisikan sebagai usaha yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran. Perkataan “pencemaran bahasa” merupakan penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan,pilihan kata atau susunan frasa. Menurut Awang Sariyan(1994), bahasa seseorang itu dikatakan baku apabila dia meguasai ejaan ,peristilahan dan kosa kata, tatabahasa, sebutan da
n laras bahasa.