Daripada perbincangan di atas, kesimpulan yang dapat diambil tentang hal ini ialah penguasaan bahasa oleh generasi muda kita, dari murid sekolah rendah kepada mahasiswa yang akan menjadi pemimpin negara adalah jauh dari memuaskan. Kelemahan bahasa dapat dilihat dari beberapa aspek dari kesalahan ejaan kepada kesalahan tatabahasa dan kepada cara mengarang yang tidak berkesan dan tidak berjaya menyampaikan maksud.Usaha untuk menjernihkan kekeliruan dan kekabutan perlu segera dilakukan untuk menghalang berlakunya kitaran krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa Melayu.
Isu Bahasa
Bahasa Melayu Pengurusan ~ Kerancuan Bahasa ~
Saturday, August 28, 2010
Thursday, August 26, 2010
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KERANCUAN BAHASA
SITI RAMLAH BT MOHD NOR
207227
Langkah-langkah Mengatasi Kerancuan Bahasa
v Mengadakan kempen melalui media elektronik dan media cetak seperti televisyen, radio, risalah, surat khabar dan lain-lain. Dengan ini, ianya akan menimbulkan kesedaran kepada masyarakat tentang penggunaan bahasa yang betul.
v Melalui pendidikan iaitu cikgu dapat dijadikan sebagai idola bagi pelajar. Cikgu perlulah menggunakan bahasa rasmi atau formal semasa mengajar. Dengan ini, pelajar akan turut sama menggunakan bahasa formal. Oleh itu, kerancuan bahasa dapat di atasi.
v Mengadakan lebih banyak bengkel tentang bahasa. Melalui bengkel ini, pelajar dapat didedahkan dan diajar dengan lebih mendalam tentang pengunaan bahasa yang betul. Dengan ini, mereka dapat memperbaiki kesilapan pengunaan bahasa yang salah.
KESAN KERANCUAN BAHASA
204454
Kesan kerancuan bahasa
1. Mutu bahasa Melayu baku lisan dan tlisan akan merosot.
Nilai bahasa Melayu akan jatuh dan sekaligus mengetepikan status bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia. Lebih meyedihkan lagi andai bahasa Melayu tidak lagi dihormati oleh penutur asalnya sendiri. Jadilah bahasa Melayu sebagai bahasa kaku, tidak berkembang dan
akhirnya menjadi bahasa mati yang hanya menjadi kenang-kenangan anak cucu kita.
2 Proses pengintelektualan bahasa Melayu akan terbantut.
Sesuatu bahasa yang hidup perlu mengalami proses transformasi dana evolusi secara berterusan. Kajian-kajian ilmiah juga perlu diadakan supaya segala kekurangan yang terdapat dalam bahasa tersebut, walau dalam apa keadaan, dapat diatasi sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, hal ini tidak akan dapat dilaksanakan. Proses pengintelektualan bahasa Melayu akan terbantut kerana tidak lagi digunakan sebagai wadah pengantar ilmu tinggi dan tidak berkembang selaras dengan perkembangan ilmu
pengetahuan.
3. Wujudnya jurang dan perbezaan kelas berdasarkan fahaman dan mentaliti terhadap penggunaan bahasa.
Jurang ini akan mewujudkan masalah ketegangan social yang lebih serius hingga akhirnya menjadi pemangkin kepada konflik dalam jiwa rakyat itu sendiri. Natijahnya , wujud prasangka sesame sendiri. Yang lebih menyedihkan, andai prasangka itu pula melibatkan kebencian antara etnik, perkauman, agama, mazhab, idologi, daerah dan wilayah, sudah tentu perpaduan kaum yang selama ini kita pelihara akan hancur dalam sekelip mata sahaja.
FAKTOR KERANCUAN BAHASA
SITI HAJAR NORLAILEE BT MOHAMAD NOR
204491
2. Gangguan bahasa dialek / bahasa daerah
4. Pengaruh bahasa singkat
• Pada masa kini, bahasa singkat adalah sinonim dengan pengguanan bahasa yang digunakan dalam khidmat pesanan ringkas (SMS). Sekiranya ia digunakan secara berleluasa atau berterusan, ini pasti akan menyebabkan kerancuan bahasa menjadi semakin teruk. Contohnya, cerita (cer), berani (bran) dan sebagainya.
Monday, August 23, 2010
BAHASA ROJAK
207206
Bahasa rojak ialah Bahasa Melayu yang bercampuraduk antara bahasa asing samaada becampur dengan Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, dan sebagainya. Bahasa rojak digunakan oleh segelintir golongan penutur yang tidak mementingkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul. Bahasa ini juga dipertuturkan mengikut trend dan ia tidak menggunakan tatabahasa yang betul.
FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA BAHASA ROJAK
Media massa:
Bahasa rojak begitu meluas digunakan dalam media samaada media eletronik ataupun media cetak pada hari ini. Penggunaan bahasa rojak ini akhirnya telah menjejaskan bahasa kebangsaan kita. Hal ini berikutan kerana pengguna perkhidmatan media di negara kita terlalu ramai dan member impak yang besar kepada Bahasa Melayu. Contohnya, terdapat rancangan yang dipaparkan dalam televisyen pada hari ini menggunakan bahasa rojak sebagai judul atau tajuk rancangan yang disiarkan seperti “Konsert Sure Heboh”.
Pemantauan oleh pihak berwajib:
Badan pemantau bahasa haruslah ditubuhkan atau diberi kuasa kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka(DPP) agar bertindak mengikut undang-undang jika terdapat mana-mana pihak yang menggunakan bahasa rojak secara formal.
Meminda akta yang sedia ada:
Kerajaan perlu memainkan peranan dalam menyelesaikan kemelut ini. Akta yang sedia ada iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dilihat tidak lagi reliven untuk digunapakai kerana tidak mempunyai peruntukan penguatkuasaan untuk mendakwa pihak atau individu yang menggunakan bahasa rojak. Oleh hal yang demikian, akta tersebut haruslah dipinda.Rujukan untuk pindaan boleh dibuat kepada badan khas bahasa atau Dewan Bahasa Dan Pustaka sebagai kosultan supaya akta ini mempunyai bidang kuasa yang lebih luas.
Sunday, August 22, 2010
KATA PEMERI
207163
~Kata Pemeri~
- Kata pemeri ialah kata yang bertugas memberi hal atau merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek.
- Kata pemeri juga tergolong dalam kata tugas dan ia juga bersifat “opsyenal”.
- Kata pemeri terbahagi kepada dua iaitu “ialah” dan “adalah”.
- Kata pemeri tidak boleh hadir bersama kata nafi kecuali dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif serta di hadapan frasa atau kata kerja.
- Kata pemeri amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat-ayat bahasa Melayu.
- Ayat yang ditulis menggunakan kata pemeri , masih dianggap betul walaupun kata pemeri digugurkan.
Kata Pemeri “ialah”
- Kata pemeri “ialah” berfungsi membuat takrifan.
- Boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan.
- Digunakan untuk menghubungkan subjek dan predikat yang seimbang.
- Ini bertujuan untuk menyatakan nama sesuatu benda, keadaan, konsep dan sebagainya.
Kata Pemeri “adalah”
ü Kata pemeri “adalah” digunakan huraian atau penjelasan mengenai subjek.
ü Boleh diikuti oleh kata sendi nama (seperti, untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya) dan kata adjektif.
ü Menghubungkan subjek dengan predikat yang menjadi huraianya.
~Kesilapan penggunaan kata pemeri~
“Adalah” di tempat “ialah”
SALAH | BETUL |
Matalamat Hafiz adalah membangunkan masyarakat luar bandar. Pak Mail adalah orang yang kedua meneroka kawasan itu. | Matlamat Hafiz ialah membangunkan masyarakat luar bandar. Pak Mail ialah orang yang kedua meneroka kawasan itu. |
“Ialah” di tempat “adalah”
SALAH | BETUL |
Krusus ini ialah khas untuk kaum belia. Persembahan itu ialah yang paling sensasi. | Krusus ini adalah khas untuk kaum belia. Persembahan itu adalah yang paling sensasi. |
“Adalah” di hadapan kata kerja
SALAH | BETUL |
Usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah berbentuk ilmiah. | Usaha yang dijalankan ialah menerbitkan risalah berbentuk ilmiah. |
“Adalah” pada awal ayat
SALAH | BETUL |
Adalah dimaklumkan bahawa perjumpaan Persatuan pengguna dibatalkan. Adalah dengan ini disytiharkan bahawa esok raya. | Dengan ini dimaklumkan bahawa perjumpaan Persatuan pengguna dibatalkan. Dengan ini disytiharkan bahawa esok raya. |
“Adalah” dan kata kerja
SALAH | BETUL |
Para pelajar adalah dipelawa memohon biasiswa negeri. Keputusan ini diambil adalah berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan. | Para pelajar dipelawa memohon biasiswa negeri. Keputusan ini diambil berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan. |
Friday, August 20, 2010
KATA SENDI NAMA
SITI NUR ASMA' BT MUHAMMAD
207241
Kata sendi nama merupakan kata depan kata nama. Ia mempuyai pelbagai tugas. Ia juga bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain. Kata sendi nama memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi nama supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat. Kata sendi nama ini merangkumi ‘ ke’ , ‘sebagai’ , ‘ dalam’ , ‘ di dalam’ , ‘ untuk’ , ‘ antara’ , ‘ bagi’ , ‘hingga’ , ‘ demi’ , ‘ tentang’ dan lain-lain. Walau bagaimanapun , pengguna sering terkeliru semasa menggunakan beberapa kata sendi nama dalam ayat antaranya ‘dari’ , ‘daripada’ , ‘ akan’ , ‘ di ’ dan lain-lain.
Dari: kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama yang digunakan untuk menunjukkan tempat dan masa.
SALAH BETUL Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu. Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh. Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu. Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
Daripada : kata sendi nama ‘daripada’ digunakan di hadapan kata nama yang menyebut asal sesuatu sama ada manusia ,benda , perkara-perkara yang abstrak dan mempunyai unsure perbandingan atau perbezaan.
SALAH | BETUL |
Tilam itu dibuat dari getah asli. Juliana lebih tinggi dari Nur Asma. | Tilam itu dibuat daripada getah asli. Juliana lebih tinggi daripada Nur Asma. |
Akan: kata sendi nama ‘akan’ digunakan sebagai pelengkap kata adjektif yang mengatakan perasaan seperti sedih , kasih, benci, sayang, takut, dan sebagainya. Kata sendi ‘akan’ tidak boleh disingkatkan menjadi ‘-kan’ dan digabungkan dengan kata adjektif.
SALAH BETUL Saya sayangkan keluarga saya. Saya takutkan hantu. Saya sayang akan keluarga saya. Saya takut akan hantu.
Di: kata sendi nama ‘di’ digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukan tempat atau arah dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
SALAH | BETUL |
Diangkasa Disana dilaut | Di angkasa Di sana Di laut |
Kata sendi nama ‘di’ tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman.
SALAH | BETUL |
Di abad ke-20 Di zaman ini | Pada abad ke-20 Pada zaman ini |