207187
Apa itu kerancuan bahasa?
PENGENALAN RINGKAS:
Bahasa merupakan maruah bangsa dan Negara. Bahasa Melayu terus menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden. Selain itu ,bahasa juga merupakan tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa. Isu bahasa melayu baku
bukanlah isu bahasa yang betul atau tidak betul. Pembakuannya merupakan idealisme dan wawasan yang antara lain bertujuan mewujudkan masyarakat yang padu. Tanggapan dan kekeliruan ini memerlukan penjelasan terperinci agar tidak timbul masalah yang serius berkaitan dengan pembakuan bahasa melayu. Sepertimana yang kita tahu, bahasa Melayu sekarang ini diancam dan digugat oleh bahasa Inggeris ekoran daripada era globalisasi dan ekonomi digital.
Skop kajian tugasan kumpulan kami adalah mengenai kerancuan atau kekacauan dari segi sebutan iaitu bahasa pasar, bahasa rojak, dan bahasa dialek seta kerancuan dari segi tatabahasa.
Skop kajian tugasan kumpulan kami adalah mengenai kerancuan atau kekacauan dari segi sebutan iaitu bahasa pasar, bahasa rojak, dan bahasa dialek seta kerancuan dari segi tatabahasa.
DEFINISI KONSEP:
Kamus Dewan Edisi ketiga mentakrifkan perkataan “kerancuan” sebagai keadaan rancu/tidak teratur. Manakala “pembakuan” sebagai usaha (tindakan proses) membakukan atau menstandardkan. Takrifan perkataan “kesan” pula ialah sesuatu keadaan sama ada kebaikan atau keburukan yang timbul daripada sesuatu kejadian.
“Pembakuan bahasa” dapat didefinisikan sebagai usaha yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran. Perkataan “pencemaran bahasa” merupakan penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan,pilihan kata atau susunan frasa. Menurut Awang Sariyan(1994), bahasa seseorang itu dikatakan baku apabila dia meguasai ejaan ,peristilahan dan kosa kata, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa.
No comments:
Post a Comment