206821
mu oyak gapo gak?

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BAHASA DIALEK:
Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor-faktor geografis, politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan seumpamanya. Faktor politik contohnya telah membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil yang mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang akhirnya menimbulkan pelbagai dialek.
Terdapat beberapa unsur yang membezakan sesuatu dialek dengan dialek yang lain,antaranya ialah;
1. Sebutan;
contohnya, perkataan `air' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.
2. Tatabahasa;
struktur ayat pasif dalam dialek Kelantan misalnya boleh menyebabkan berlaku silap faham, contohnya ayat 'Saya ke hospital untuk disuntik oleh doktor' akan menjadi "Saya gi spital cocok doktor" (Kasihan doktor di hospital yang disuntik oleh pesakitnya, bukannya dia yang menyuntik pesakit!)
3. Kosa kata ;
contohnya, berlari dalam dialek Kelantan disebut hungga, manakala mendung disebut sebagai jo'ong. Bekwoh(dialek Kelantan) sama maksudnya dengan makan gulai di Terengganu yang membawa maksudkenduri. Rakan saya dari Melaka tertanya-tanya apabila saya memujinya dengan perkataan 'jangok' (cantik/ suka berhias)
4. Kata ganti nama diri;
contoh ambo dan kawe (dialek Kelantan bermaksudsaya), hang (dialek utara bermaksud kamu)
No comments:
Post a Comment