SITI NUR ASMA' BT MUHAMMAD
207241
Kata sendi nama merupakan kata depan kata nama. Ia mempuyai pelbagai tugas. Ia juga bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain. Kata sendi nama memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi nama supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat. Kata sendi nama ini merangkumi ‘ ke’ , ‘sebagai’ , ‘ dalam’ , ‘ di dalam’ , ‘ untuk’ , ‘ antara’ , ‘ bagi’ , ‘hingga’ , ‘ demi’ , ‘ tentang’ dan lain-lain. Walau bagaimanapun , pengguna sering terkeliru semasa menggunakan beberapa kata sendi nama dalam ayat antaranya ‘dari’ , ‘daripada’ , ‘ akan’ , ‘ di ’ dan lain-lain.
Dari: kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama yang digunakan untuk menunjukkan tempat dan masa.
SALAH BETUL Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu. Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh. Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu. Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
Daripada : kata sendi nama ‘daripada’ digunakan di hadapan kata nama yang menyebut asal sesuatu sama ada manusia ,benda , perkara-perkara yang abstrak dan mempunyai unsure perbandingan atau perbezaan.
SALAH | BETUL |
Tilam itu dibuat dari getah asli. Juliana lebih tinggi dari Nur Asma. | Tilam itu dibuat daripada getah asli. Juliana lebih tinggi daripada Nur Asma. |
Akan: kata sendi nama ‘akan’ digunakan sebagai pelengkap kata adjektif yang mengatakan perasaan seperti sedih , kasih, benci, sayang, takut, dan sebagainya. Kata sendi ‘akan’ tidak boleh disingkatkan menjadi ‘-kan’ dan digabungkan dengan kata adjektif.
SALAH BETUL Saya sayangkan keluarga saya. Saya takutkan hantu. Saya sayang akan keluarga saya. Saya takut akan hantu.
Di: kata sendi nama ‘di’ digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukan tempat atau arah dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
SALAH | BETUL |
Diangkasa Disana dilaut | Di angkasa Di sana Di laut |
Kata sendi nama ‘di’ tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman.
SALAH | BETUL |
Di abad ke-20 Di zaman ini | Pada abad ke-20 Pada zaman ini |
No comments:
Post a Comment