Sunday, August 22, 2010

KATA PEMERI


JULIANA BT TAKYYUDDIN

207163

~Kata Pemeri~

  • Kata pemeri ialah kata yang bertugas memberi hal atau merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek.
  • Kata pemeri juga tergolong dalam kata tugas dan ia juga bersifat “opsyenal”.
  • Kata pemeri terbahagi kepada dua iaitu “ialah” dan “adalah”.
  • Kata pemeri tidak boleh hadir bersama kata nafi kecuali dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif serta di hadapan frasa atau kata kerja.
  • Kata pemeri amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat-ayat bahasa Melayu.
  • Ayat yang ditulis menggunakan kata pemeri , masih dianggap betul walaupun kata pemeri digugurkan.


Kata Pemeri “ialah”

  • Kata pemeri “ialah” berfungsi membuat takrifan.
  • Boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan.
  • Digunakan untuk menghubungkan subjek dan predikat yang seimbang.
  • Ini bertujuan untuk menyatakan nama sesuatu benda, keadaan, konsep dan sebagainya.


Kata Pemeri “adalah”

ü Kata pemeri “adalah” digunakan huraian atau penjelasan mengenai subjek.

ü Boleh diikuti oleh kata sendi nama (seperti, untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya) dan kata adjektif.

ü Menghubungkan subjek dengan predikat yang menjadi huraianya.


~Kesilapan penggunaan kata pemeri~


“Adalah” di tempat “ialah”

SALAH

BETUL

Matalamat Hafiz adalah membangunkan masyarakat luar bandar.


Pak Mail adalah orang yang kedua meneroka kawasan itu.

Matlamat Hafiz ialah membangunkan masyarakat luar bandar.


Pak Mail ialah orang yang kedua meneroka kawasan itu.

“Ialah” di tempat “adalah”

SALAH

BETUL

Krusus ini ialah khas untuk kaum belia.


Persembahan itu ialah yang paling sensasi.

Krusus ini adalah khas untuk kaum belia.


Persembahan itu adalah yang paling sensasi.

“Adalah” di hadapan kata kerja

SALAH

BETUL

Usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah berbentuk ilmiah.

Usaha yang dijalankan ialah menerbitkan risalah berbentuk ilmiah.

“Adalah” pada awal ayat

SALAH

BETUL

Adalah dimaklumkan bahawa perjumpaan Persatuan pengguna dibatalkan.


Adalah dengan ini disytiharkan bahawa esok raya.

Dengan ini dimaklumkan bahawa perjumpaan Persatuan pengguna dibatalkan.


Dengan ini disytiharkan bahawa esok raya.

“Adalah” dan kata kerja

SALAH

BETUL

Para pelajar adalah dipelawa memohon biasiswa negeri.


Keputusan ini diambil adalah berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Para pelajar dipelawa memohon biasiswa negeri.


Keputusan ini diambil berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

No comments:

Post a Comment